Selangor tanam 7.4 juta pokok sejak 2021 demi kelestarian

12 Dis 2025, 9:58 AM
Selangor tanam 7.4 juta pokok sejak 2021 demi kelestarian
Selangor tanam 7.4 juta pokok sejak 2021 demi kelestarian
Selangor tanam 7.4 juta pokok sejak 2021 demi kelestarian
Selangor tanam 7.4 juta pokok sejak 2021 demi kelestarian

DENGKIL, 12 DIS: Selangor merekodkan penanaman sebanyak 7.4 juta pokok sejak 2021 hingga Jun 2025 sebagai sebahagian usaha berterusan pemuliharaan alam sekitar dan penghijauan negeri ini.

EXCO Alam Sekitar, Jamaliah Jamaluddin berkata pencapaian itu merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi termasuk Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Rekod ini membuktikan usaha penghijauan negeri berada pada landasan yang kukuh serta menerima penyertaan meluas daripada semua jabatan,” katanya ketika berucap pada Program Tanam Pokok Mega 2025 di Paya Indah Wetlands, di sini, hari ini.

Menurut beliau, JPNS menyumbang penanaman 1.86 juta pokok melibatkan 880 spesies berbeza, manakala PBT pula menanam 5.54 juta pokok di seluruh kawasan pentadbiran masing-masing.

Peserta menanam anak pokok merbau dalam program Growing Roots 2025 (Tanam Pokok Mega 2025) di Paya Indah Wetland, Kuala Langat pada 12 Disember 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Antara tanaman yang dilaksanakan termasuk pokok teduhan bersaiz besar seperti angsana dan tembusu, selain pokok bersaiz sederhana seperti Tecoma serta pelbagai jenis pokok buah-buahan,” katanya.

Jamaliah berkata, pencapaian tersebut mengukuhkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memperkayakan biodiversiti serta memulihkan ekosistem secara mampan.

Program berkenaan turut disertai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat sebagai sokongan terhadap agenda hijau Selangor.

Pada program itu, sebanyak 200 batang pokok Kelat Paya ditanam selain sepohon merbau yang merupakan pokok kebangsaan negara.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619