Jumlah mangsa bah di Sarawak, Perak kekal, hanya empat PPS masih beroperasi

12 Dis 2025, 2:21 AM
Jumlah mangsa bah di Sarawak, Perak kekal, hanya empat PPS masih beroperasi

KUALA LUMPUR, 12 DIS: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak dan Perak pada pagi ini kekal seperti semalam, dengan empat PPS masih beroperasi di dua negeri itu.

Di SARAWAK, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan setakat 8 pagi, sebanyak 142 mangsa daripada 65 keluarga masih berada di tiga PPS di Miri kerana bencana banjir dan tanah runtuh.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Angus menempatkan 15 mangsa daripada lima keluarga manakala PPS SK Suai Niah masih dihuni 119 mangsa daripada 57 keluarga.

PPS Dewan Bulan Sabit Merah menempatkan empat mangsa daripada dua keluarga yang terkesan akibat banjir serta empat mangsa sekeluarga yang dipindahkan ke situ kerana tanah runtuh.

Di PERAK, JPBN memaklumkan mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Kampung Padang Tembak yang dibuka pada 25 Nov masih menempatkan 19 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Matang Jambu, Kampung Glouster, Ayer Hitam, Batu 7, 8 dan 9.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca ribut di kesemua daerah pada petang ini, kecuali di Bagan Datuk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619