Rumah rosak dilanda ribut, penduduk Kubu Gajah lega terima bantuan MBI

10 Dis 2025, 12:00 AM
Rumah rosak dilanda ribut, penduduk Kubu Gajah lega terima bantuan MBI

SHAH ALAM, 9 DIS: Penduduk terjejas akibat ribut di Kampung Kubu Gajah menarik nafas lega selepas menerima bantuan RM1,000 daripada Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Kerosakan akibat ribut sebelum ini mengakibatkan beberapa rumah rosak, termasuk bumbung tercabut serta barangan elektrik musnah akibat tempias hujan dan limpahan air.

Bagi Harun Sulong, 85, bantuan itu hadir sebagai penyelamat ketika beliau berdepan kerugian besar selepas bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Ts Saipolyazan M Yusop bersama mangsa ribut selepas menyerahkan sumbangan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh pada 9 Disember 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

“Hujan sangat lebat, air naik sampai paras lutut. Habis semua barang rosak. Terima kasih atas sumbangan ini, sebab sekarang memang tak mampu baiki rumah,” katanya ketika ditemui selepas menerima bantuan.

Seorang lagi penerima, Siti Hajar Mohamad, 35, turut bersyukur dengan keprihatinan MBI terhadap kesusahan penduduk yang terkesan sejak ribut melanda Ogos lalu.

“Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada MBI,” katanya ringkas.

Siti Hajar Mohamad ,35

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman turut menzahirkan penghargaan kepada MBI yang sentiasa cakna dan prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi penduduk di Selangor.

"MBI sangat berperanan dan melegakan kesusahan rakyat yang mana saya harapkan MBI terus maju," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Dato’ Ts Saipolyazan Mat Yusop berkata pihaknya komited membantu mangsa bencana di Selangor dari semasa ke semasa.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras Dr Mohd Khairuddin Othman berucap ketika majlis serahan sumbangan mangsa ribut di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh pada 9 Disember 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619