Bangunan pejabat di Jakarta terbakar, 18 maut

9 Dis 2025, 11:09 AM
Bangunan pejabat di Jakarta terbakar, 18 maut

JAKARTA, 9 DIS: Sekurang-kurangnya 18 orang dilaporkan maut selepas satu kebakaran di bangunan pejabat Terra Drone di Jakarta Pusat pada petang Selasa, menurut media tempatan, lapor Xinhua.

Semua mangsa ditemukan di dalam bangunan setinggi tujuh tingkat itu, terperangkap apabila api merebak dengan cepat ke beberapa tingkat. Mayat mereka yang hampir rentung dihantar ke sebuah hospital polis di Jakarta Timur untuk proses pengecaman.

Pasukan bomba dari bandar itu terus memeriksa bangunan itu dengan memberi tumpuan pada tingkat tiga hingga lima yang mengalami kerosakan paling teruk.

Pasukan penyelamat menggunakan tangga untuk menyelamatkan beberapa mangsa yang terperangkap di tingkat atas ketika kebakaran berlaku. Puluhan anggota bomba dan beberapa jentera bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran.

Media tempatan turut melaporkan yang lebih ramai mangsa dipercayai masih berada di dalam bangunan.

Operasi mencari dan menyelamat dijangka diteruskan sehingga malam ketika pihak berkuasa berusaha mengesahkan angka kematian dan menentukan punca kebakaran.

Pihak berkuasa belum mendedahkan berapa ramai berada dalam bangunan ketika kejadian berlaku.

-- BERNAMA-XINHUA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619