Malaysia pertahan gelaran juara dunia, tewaskan Kemboja 3-0 dalam final MLBB

8 Dis 2025, 12:25 AM
Malaysia pertahan gelaran juara dunia, tewaskan Kemboja 3-0 dalam final MLBB

KUALA LUMPUR, 8 DIS: Malaysia mempertahankan gelaran juara dunia selepas memenangi Kejohanan Dunia e-sukan IESF 2025 apabila menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan akhir Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) di Quill City Mall di sini malam tadi.

Pasukan Malaysia dibarisi Idreen Jamal (Momo), Muhd Qayyum Ariffin Mohd Suhairi (Yums), Muhd Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman (Sekys), Haziq Danish Mohd Rizwan (Stormie) dan Ealtond Rayner (Lolealz).

Kemboja pula menampilkan pemain terdiri daripada Phengkong “Oppi” Chhuon, Chandavan “Detective” Nhem, Amey “Xing” Khuon, Dane “Wadu” Vann dan Virea “Boxi” Sok, namun gagal menandingi rentak, keserasian dan serangan agresif Malaysia sepanjang aksi berlangsung.

Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sukan elektronik selepas menewaskan Filipina 2-0 pada perlawanan akhir edisi 2024 yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim antara yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan Malaysia membawa pulang wang kemenangan berjumlah USD32,500.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619