MPS perkasa budaya inovasi melalui pertandingan Cetus Idea KIK 4.0

4 Dis 2025, 3:19 AM
MPS perkasa budaya inovasi melalui pertandingan Cetus Idea KIK 4.0

SHAH ALAM, 4 DIS: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) komited memperkasa budaya inovasi dan kreativiti dalam perkhidmatan awam melalui penganjuran pertandingan Cetus Idea Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 4.0.

Pertandingan itu bertujuan memperluas inisiatif pendigitalan, meningkatkan kerjasama antara jabatan, serta mengiktiraf idea berimpak tinggi yang dapat memberi manfaat secara langsung kepada komuniti Selayang.

Sebanyak 15 kumpulan melibatkan 120 peserta daripada 18 jabatan MPS mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan pada Isnin lalu.

“Peserta bertanding untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM10,000, merangkumi kategori johan, naib johan, tempat ketiga, persembahan terbaik dan video terbaik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Pertandingan tersebut diadili oleh tiga juri profesional iaitu Ketua Penolong Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Pusat Pengajian Teknologi Maklumat & Pembangunan Teknologi (IMATEC), Fauzanah Mohamad Sharif; Penolong Setiausaha Bahagian Korporat, Seksyen Pembudayaan Inovasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Syamsul Khoir Md Ridzuan dan Ahli Majlis MPS, Wan Anwar Wan Ibrahim.

Pemenang pertandingan akan diumumkan sempena Hari Inovasi MPS yang dijadual berlangsung pada 22 Disember ini.

“MPS berharap penganjuran pertandingan ini dapat memupuk budaya inovatif dan kreatif secara konsisten dalam melahirkan penyelesaian yang memberi impak besar kepada masyarakat Selayang,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619