Team Selangor bantu ringankan beban penduduk Kampung Ginching

3 Dis 2025, 2:05 PM
Team Selangor bantu ringankan beban penduduk Kampung Ginching
Team Selangor bantu ringankan beban penduduk Kampung Ginching
Team Selangor bantu ringankan beban penduduk Kampung Ginching
Team Selangor bantu ringankan beban penduduk Kampung Ginching
Team Selangor bantu ringankan beban penduduk Kampung Ginching

SEPANG, 3 DIS: Penduduk Kampung Ginching, Salak Tinggi menyifatkan kejadian banjir baru-baru ini paling buruk sejak 2021 hingga membawa pelbagai kerosakan perabot dan alatan rumah.

Mangsa banjir Norazli Ali, 50, berkata kejadian kali ini adalah paling besar pernah dialaminya apabila air naik sehingga paras bahu, menyebabkan hampir semua perabot dan ruang dapur rosak teruk.

“Rumah sangat kotor. Kami dekat dengan kawasan ban pecah, sebab itu air naik tinggi dan bawa lumpur serta pasir,” katanya.

Norazli Ali, 50, penduduk Kampung Giching, Salak Tinggi Sepang ditemui pada 3 Disember 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Beliau berkata kehadiran Team Selangor sangat membantu berikutan keadaan rumah yang memerlukan tenaga kerja ramai untuk dibersihkan.

“Sukarelawan banyak tolong dan ia dapat kurangkan kos. Ringan sikit beban yang saya tanggung,” tambahnya.

Mangsa lain, Yatini Harjo, 52, menyifatkan banjir kali ini sangat meletihkan apabila air naik ke paras tingkap rumah, menyebabkan hampir semua peralatan rumah seperti peti sejuk dan mesin basuh musnah.

“Memang penat. Tiada apa selamat. Kami terpaksa tinggal di hotel selama dua hari,” kongsinya.

Yatini Harjo, 52 ditemui di Kampung Giching, Salak Tinggi Sepang pada 3 Disember 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Tinggal berdua bersama anak, Yatini mengakui mereka tidak mampu melakukan kerja pembersihan sendiri kerana ketiadaan tenaga.

“Syukur Alhamdulillah Team Selangor datang bantu. Kalau berdua saja memang tak larat nak bersihkan semua,” ujarnya.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Kerajaan Negeri menyelaras persediaan pascabah termasuk menyusun 5,000 sukarelawan yang digerakkan sebaik air surut bagi membersihkan rumah penduduk terjejas.

Sukarelawan Team Selangor bergambar bersama penduduk ketika misi pembersihan rumah mangsa banjir di Kampung Giching, Salak Tinggi Sepang pada 3 Disember 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619