Penuntut IPT ditahan halang tugas polis, pandu melulu

2 Dis 2025, 12:05 AM
Penuntut IPT ditahan halang tugas polis, pandu melulu

KOTA BHARU, 1 DIS: Seorang pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Jeli ditahan selepas bertindak menghalang tugas penjawat awam dan memandu kereta secara melulu ketika pemeriksaan anggota Unit Kereta Peronda (MPV), petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Kamarulzaman Harun berkata kejadian berlaku pada 3.30 petang ketika anggota MPV sedang menjalankan rondaan sebelum melihat sebuah Perodua Myvi di tepi jalan Kampung Sungai Rual.

Beliau berkata ketika polis mahu memeriksa kereta itu, pemandunya memecut laju kenderaan terbabit dan enggan memberi kerjasama menyebabkan polis mengekori kereta itu.

“Pemandu terbabit bertindak menghimpit kenderaan polis dan memandu secara melulu sebelum polis berjaya memintas kenderaan itu di Kampung Rabbana, Jeli.

“Pemandu terbabit kemudian melarikan diri dan enggan memberi kerjasama sehingga berlaku pergelutan sebelum berjaya ditahan. Pemeriksaan di dalam kereta, polis menemukan seorang remaja perempuan yang masih bersekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarulzaman berkata siasatan awal mendapati kedua-duanya terkejut dengan kehadiran polis dan pemeriksaan yang hendak dijalankan.

Kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pelajar lelaki terbabit akan direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 186 serta 279 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619