Cemar al-Quran dan muat naik kandungan jelik, pelajar dibuang universiti

24 Mac 2026, 12:42 PM
Cemar al-Quran dan muat naik kandungan jelik, pelajar dibuang universiti

SHAH ALAM, 24 MAC: Seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dibuang universiti selepas didapati bersalah mencemarkan al-Quran dan memuat naik kandungan jelik melampau di media sosial.

Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alia berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Tatatertib Pelajar yang bersidang pada 9 Mac lalu, lapor Harian Metro.

“Pelajar terbabit didapati bersalah dan dikenakan hukuman buang universiti mengikut Kaedah 58 Kaedah-kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan universiti tidak akan berkompromi terhadap sebarang kandungan berunsur kebencian yang menyentuh isu 3R dan boleh menggugat keharmonian awam.

Terdahulu, pelajar berkenaan didakwa di Mahkamah Sesyen pada 3 Mac atas pertuduhan mencemarkan al-Quran dan membuat hantaran komunikasi jelik, namun mengaku tidak bersalah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619