Lelaki tempatan maut dipukul, dua warga Myanmar ditahan

1 Dis 2025, 8:03 AM
Lelaki tempatan maut dipukul, dua warga Myanmar ditahan

SHAH ALAM, 1 DIS: Polis menahan dua lelaki warga Mynamar yang disyaki memukul seorang lelaki tempatan sehingga menyebabkan kematian di Lorong 5, Kampung Pandan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 12.01 tengah malam.

"Mangsa seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun didapati terbaring di jalan raya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kepala berdarah serta luka di tapak tangan kiri.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia jam 2.33 pagi hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini

Mohamad Lazim berkata pihak polis telah membuat tangkapan terhadap dua lelaki warga Myanmar bagi membantu siasatan.

"Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 2 Disember mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah," katanya.

Terdahulu, tular klip video pergaduhan sekumpulan individu bersenjata dipercayai berlaku di Kampung Pandan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619