Gaduh di balai polis, lima lelaki ditahan

4 Mac 2026, 11:04 AM
Gaduh di balai polis, lima lelaki ditahan

SHAH ALAM, 4 MAC: Polis menahan lima lelaki berumur 28 hingga 41 tahun dipercayai terbabit dalam insiden pergaduhan di Balai Polis Meru, Klang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 malam ketika tiga lelaki hadir ke balai berkenaan untuk membuat laporan polis.

“Secara tiba-tiba lima lelaki lain datang ke lokasi sebelum tercetus perbalahan antara kedua-dua pihak.

"Dalam kejadian itu, seorang daripada kumpulan lima lelaki terbabit memukul pengadu menggunakan sebatang besi. Kekecohan turut menyebabkan sebuah televisyen di balai polis mengalami kerosakan sebelum semua suspek melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua pihak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148, Seksyen 427 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan serta Senjata Berbahaya 1958.

Semua suspek direman tiga hari sehingga 5 Mac bagi membantu siasatan lanjut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619