Seorang maut, tujuh cedera parah van kilang terbabas

1 Dis 2025, 1:38 AM
Seorang maut, tujuh cedera parah van kilang terbabas

GEORGE TOWN, 1 DIS: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas van kilang yang mereka naiki terbabas dalam kemalangan di Jalan Mount Erskine di sini awal pagi tadi.

Enam mangsa yang cedera parah juga adalah wanita dan berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun.

Seorang lelaki, iaitu pemandu lelaki van berkenaan, turut mengalami kecederaan parah.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.59 pagi sebelum ke lokasi kemalangan.

"Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba berdepan detik cemas apabila mendapati empat daripada lapan mangsa yang berada dalam van kilang itu tersepit di dalam remukan kenderaan tersebut.

"Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dibantu BBP Lebuh Pantai menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa-mangsa yang tersepit sebelum semuanya berjaya dikeluarkan pada 7.17 pagi," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang daripada mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat manakala tujuh lagi, yang juga cedera parah, dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619