Kereta terbabas, ibu dan dua anak maut

23 Mac 2026, 3:15 PM
Kereta terbabas, ibu dan dua anak maut

DUNGUN, 23 MAC: Seorang wanita dan dua anak maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz dinaiki mereka terbabas di Kilometer 59 Jalan Jerangau-Jabor berhampiran Felda Jerangau dekat sini, petang tadi.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira 6.10 petang dan dua daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi di Klinik Kesihatan Jerangau, namun setakat ini identiti semua mangsa belum dikenal pasti.

Kemalangan juga melibatkan dua lagi anak mangsa dan mereka dikejarkan ke Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Maizura Abdul Kadir mengesahkan kejadian dan berkata maklumat lanjut akan menyusul.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah Mohd Izzuddin Mahmood berkata setibanya di lokasi, pihaknya mendapati kenderaan itu melanggar tiang elektrik di bahu jalan.

“Kemalangan melibatkan lima mangsa dengan tiga daripadanya dikeluarkan bomba yang menggunakan peralatan khas manakala dua lagi oleh orang awam,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Beliau berkata mangsa diserahkan kepada polis dan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619