JPJ tahan individu tawar khidmat kereta sewa haram di KLIA

26 Nov 2025, 5:27 AM
JPJ tahan individu tawar khidmat kereta sewa haram di KLIA

SEPANG, 26 NOV: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menahan seorang lelaki bersama kenderaan jenis Honda HR-V miliknya selepas disyaki menawarkan perkhidmatan kereta sewa haram di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut kenyataan, siasatan awal mendapati individu tersebut memujuk dua warga Algeria menggunakan perkhidmatan pengangkutan ke Kuala Lumpur dengan bayaran tambang RM75.

Mangsa ditawarkan perjalanan dari Terminal 1 KLIA ke The Platinum by Couple Cove, Kuala Lumpur dan dimaklumkan bayaran hanya perlu dilakukan sebaik tiba di destinasi.

“Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD 2010), yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun,” kata kenyataan tersebut menerusi Facebook.

JPJ turut menegaskan, individu yang bersekongkol dalam aktiviti sedemikian juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1) akta sama.

JPJ menasihatkan orang awam agar menggunakan pengangkutan sah yang disediakan menerusi kaunter rasmi di Terminal 1 dan 2 KLIA atau melalui aplikasi e-hailing berdaftar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619