EXCO: Waspada musim tengkujuh, pantau anak-anak, elak risiko kesihatan

26 Nov 2025, 2:24 AM
EXCO: Waspada musim tengkujuh, pantau anak-anak, elak risiko kesihatan
EXCO: Waspada musim tengkujuh, pantau anak-anak, elak risiko kesihatan

SHAH ALAM, 26 NOV: Warga Selangor diingatkan lebih berhati-hati menghadapi musim tengkujuh susulan cuaca tidak menentu yang meningkatkan risiko banjir di beberapa kawasan.

EXCO Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin berkata, penduduk khususnya di kawasan berisiko tinggi perlu sentiasa peka terhadap keadaan sekeliling serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga.

“Pada musim ini, selain menjaga keselamatan, penting juga untuk kita memberi perhatian kepada aspek kesihatan diri dan keluarga," katanya kepada Media Selangor.

Dalam pada itu, beliau turut berpesan kepada ibu bapa mengelakkan anak-anak bermain air banjir.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berucap ketika program “Living with Dementia: Awareness and action” anjuran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan kerjasama Alzheimer’s disease foundation Malaysia (ADFM) di Dewan Komuniti BU 11 Bandar Utama pada 12 Oktober 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

"Air banjir dikhuatiri tidak bersih dan mempunyai banyak bakteria serta kuman yang boleh membawa pelbagai risiko penyakit," ujarnya.

Beliau menasihatkan orang ramai memastikan tahap kebersihan diri sentiasa terjaga termasuk kerap mencuci tangan dan memastikan makanan bebas daripada sebarang pencemaran.

Katanya, individu yang mengalami simptom penyakit perlu segera mendapatkan rawatan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius.

“Langkah berjaga-jaga ini penting untuk memastikan keselamatan diri, anak-anak dan ahli keluarga sentiasa terpelihara sepanjang musim banjir,” jelasnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619