MOM, MSN pantau banjir Songkhla demi keselamatan atlet Sukan SEA 2025

25 Nov 2025, 8:41 AM
MOM, MSN pantau banjir Songkhla demi keselamatan atlet Sukan SEA 2025

KUALA LUMPUR, 25 NOV: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) memantau rapat situasi banjir di Songkhla, Thailand, yang merupakan satu daripada kluster venue Sukan SEA 2025, dijadual berlangsung pada 9-22 Dis ini.

Timbalan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2025 Datuk Kenny Goh, berkata urusetia sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Sukan SEA Thailand bagi mendapatkan maklumat terkini dan memastikan keselamatan atlet serta kontinjen berada pada tahap terbaik.

“Urusetia memantau keadaan di sana dan sentiasa berhubung dengan jawatankuasa penganjur. Masih terlalu awal untuk membuat keputusan berkaitan pelan kontingensi, termasuk kemungkinan menukar pengangkutan darat kepada penerbangan.

“Keutamaan adalah keselamatan kontinjen. Jika perlu ubah rancangan, kita akan ubah,” katanya selepas meninjau sesi latihan skuad skuasy negara di sini hari ini.

Sehingga kini, tiada maklumat rasmi mengenai mana-mana venue yang terjejas di Songkhla.

Sabtu lepas, Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla menasihatkan rakyat Malaysia menangguhkan perjalanan ke wilayah selatan Thailand akibat hujan lebat berterusan.

Bencana itu turut menyebabkan kira-kira 4,000 pelancong Malaysia terkandas di hotel sekitar Songkhla akibat jalan dinaiki air.

Songkhla dijadual menjadi tuan rumah bagi acara catur, judo, karate, muay, pencak silat, gusti, wushu, bola sepak dan futsal.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619