AGENDA

MSN: MOM biaya sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris

7 Ogos 2024, 4:44 AM
MSN: MOM biaya sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini memaklumkan kos pembiayaan untuk delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024 adalah di bawah tanggungan MOM.

Dalam kenyataan hari ini, MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

“MSN hanya bertanggungjawab membiayai kos perbelanjaan membabitkan atlet, jurulatih, pegawai MSN, Institut Sukan Negara (ISN) dan operasi Malaysia House untuk temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.

“Kos pembiayaan untuk delegasi MOM adalah di bawah tanggungan MOM dan bagi tetamu mereka dibayar oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Malaysia setakat ini mengumpul dua pingat gangsa menerusi sukan badminton, yang disumbangkan beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki Lee Zii Jia.

Misi meraih pingat emas Olimpik pertama negara kini tertumpu kepada jaguh berbasikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang yang menyasarkan untuk memperbaiki pencapaiannya dengan meraih emas dalam acara keirin, selepas memenangi pingat perak pada edisi Tokyo 2020.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619