Bah: Penduduk di kawasan berisiko diingatkan berwaspada, patuhi arahan - PM

24 Nov 2025, 2:00 PM
Bah: Penduduk di kawasan berisiko diingatkan berwaspada, patuhi arahan - PM
Bah: Penduduk di kawasan berisiko diingatkan berwaspada, patuhi arahan - PM
Bah: Penduduk di kawasan berisiko diingatkan berwaspada, patuhi arahan - PM

KUALA LUMPUR, 24 NOV: Biarpun berada jauh di Kenya untuk lawatan tiga hari di benua Afrika, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap prihatin dengan keadaan banjir yang semakin memburuk sehingga menjejaskan tujuh negeri melibatkan lebih 15,000 mangsa ketika ini.

Anwar menerusi catatan di Facebooknya mengingatkan penduduk di kawasan berisiko untuk kekal waspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa terutama apabila diminta segera berpindah selain menjadikan keselamatan keluarga sebagai keutamaan.

“Menurut laporan yang saya diterima, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama semua aset agensi berkaitan telah digerakkan sepenuhnya ke kawasan terjejas bagi menyelamatkan rakyat yang masih terperangkap, di samping memastikan bantuan segera sampai kepada semua mangsa.

“Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) juga telah dikerah ke Kelantan yang paling teruk terkesan, serta bersedia ke negeri-negeri lain bagi mempercepat operasi menyelamat dan bantuan kecemasan di lapangan,” katanya.

Pada masa sama, katanya kerajaan turut menggerakkan Skuad Ihsan MADANI ke semua kawasan terjejas untuk membantu menguruskan kebajikan mangsa banjir di hampir 100 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka di tujuh negeri.

Beliau turut mendoakan agar semua mangsa banjir dikurniakan kekuatan, ketabahan dan dilindungi daripada sebarang kemudaratan serta dipermudahkan dalam menghadapi ujian tersebut.

Kelantan merupakan negeri paling terjejas dengan mangsa dilaporkan hampir mencecah 10,000 orang malam ini, diikuti Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619