Festival Al-Barzanji hidupkan tradisi syair, qasidah

23 Nov 2025, 9:57 AM
Festival Al-Barzanji hidupkan tradisi syair, qasidah

SHAH ALAM, 23 NOV: Sebanyak 15 kumpulan menyertai Festival Al-Barzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Selangor 2025 merangkumi 10 kumpulan bagi kategori lelaki dan lima kumpulan wanita.

Penganjuran festival itu bertujuan menghidupkan kembali tradisi syair dan qasidah mengenai sirah kelahiran Rasulullah SAW yang sekian lama menjadi warisan seni Islam di Malaysia.

Bagi kategori lelaki, johan diungguli kumpulan Soutul Asdiqo’, naib johan Al-Maqari manakala tempat ketiga The Voice of MTAJ. Kategori wanita dimenangi Qalbun Hadi, kedua, Nur Soleha dan ketiga, Soutun Nisa’.

Johan menerima RM10,000, naib johan (RM7,000), ketiga (RM4,000), saguhati (RM1,500) selain sijil penyertaan, hadiah iringan dan piala pusingan.

Jais dalam kenyataan berkata festival itu akan menjadi program tahunan dalam usaha memperkukuhkan syiar Islam, melahirkan lebih ramai pelapis seni taranum serta memartabatkan warisan tradisi marhaban dalam masyarakat.

Majlis penutupan rasmi festival yang berlangsung di Dewan Orkid, Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Shah Alam disempurnakan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Dato' Mohd Shahzihan Ahmad yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619