MPKL sita premis perniagaan barangan lusuh tanpa lesen di Telok Panglima Garang

23 Nov 2025, 12:00 AM
MPKL sita premis perniagaan barangan lusuh tanpa lesen di Telok Panglima Garang
MPKL sita premis perniagaan barangan lusuh tanpa lesen di Telok Panglima Garang

SHAH ALAM, 23 NOV: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menyita sebuah premis perniagaan barangan lusuh dan melerai besi yang beroperasi tanpa lesen di Jalan Telok Mengkuang.

Operasi dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bermula jam 3.42 petang turut menahan seorang warga asing untuk siasatan pihak polis.

Menerusi Facebook, MPKL berkata semua peralatan dan barangan premis itu disita, manakala premis berkenaan ditutup untuk tindakan lanjut.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen yang sah daripada MPKL," katanya.

Tindakan ini menunjukkan komitmen pihak berkuasa dalam memastikan pematuhan undang-undang dan membanteras perniagaan tidak berlesen, seterusnya menjaga keselamatan serta kepentingan masyarakat setempat.

Operasi dijalankan selaras dengan Undang-Undang Kecil 3 dan 38(1) Tred Perniagaan dan Perindustrian MDKL 2007, yang melarang operasi perniagaan barangan lusuh/melerai besi tanpa lesen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619