RM1 juta naik taraf Litar Lumba Kuala Selangor

14 Nov 2025, 10:41 AM
RM1 juta naik taraf Litar Lumba Kuala Selangor

SHAH ALAM, 14 NOV: Sebanyak RM1 juta diperuntuk bagi menaik taraf Litar Lumba Kuala Selangor, menurut Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kerja menaik taraf itu bagi menggalakkan sukan permotoran yang selamat dan berdaya saing.

"Teruja dengan kejayaan Muhammad Hakim Danish Ramli yang mencipta gelombang minat yang luar biasa terhadap perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) 2025.

"Kerajaan Negeri berhasrat melahirkan lebih ramai bakat sebegini," katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2026, hari ini.

Perjalanan karier Hakim Danish luar biasa bermula dengan kejohanan SIC MiniGP sebelum melonjak ke Asia Talent Cup, European Talent Cup, Red Bull MotoGP Rookies Cup dan Kejohanan Dunia FIM JuniorGP.

Hakim Danish baru-baru ini mencipta sejarah apabila menjadi pelumba Malaysia pertama menamatkan saingan keseluruhan dalam kelompok tiga terbaik dalam kempen RBRC 2025.

Beliau menamatkan musim sulungnya pada 2023 di kedudukan ke-12 sebelum memperbaiki pencapaian di tempat keenam tahun lepas.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619