AGENDA

Pelumba muda MotoGP negara naik podium di litar Perancis

11 Mei 2025, 1:12 AM
Pelumba muda MotoGP negara naik podium di litar Perancis

KUALA LUMPUR, 11 MEI: Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli kekal konsisten dengan mengakhiri pusingan kedua MotoGP saingan Rookies Cup di kedudukan kedua di Litar Le Mans, Perancis tengah malam tadi.

Pada Perlumbaan Satu itu, Hakim Danish memulakan perlumbaan di petak pertama bagaimanapun dikenakan long lap penalty yang menyaksikan beliau tercampak ke kedudukan kelima buat seketika, sebelum bangkit dengan tunggangan mengagumkan untuk mengejar kelompok hadapan.

Pelumba berusia 16 tahun itu hanya dipisahkan 0.401 saat (s) di belakang pelumba Sepanyol, Brian Uriarte yang memenangi saingan dengan catatan masa 17:31.903s.

Tempat ketiga menjadi milik penunggang Itali, Giulio Pugliese (17:37.973s).

Terdahulu, perlumbaan 15 pusingan itu terpaksa dihentikan ketika berbaki empat pusingan ekoran insiden kemalangan membabitkan tiga pelumba hingga menyebabkan bendera merah dikibarkan marsyal perlumbaan.

Ia merupakan kedudukan kedua kali ketiga berturut-turut buat anak jati Kuala Terengganu itu sepanjang saingan Rookie Cup musim ini.

“Saya sudah buat sehabis baik walaupun kena penalti. Perlumbaan Dua esok (Ahad) saya akan berikan yang terbaik, doakan saya,” katanya selepas perlumbaan.

Keputusan dilakar semalam menyaksikan Hakim Danish kekal di kedudukan teratas keseluruhan pelumba dengan mengumpul 60 mata di depan Uriarte (50 mata) dan pelumba New Zealand, Carter Thompson (48 mata).

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619