Tourism Selangor promosi pelancongan sukan sempena RMSIR 2025

14 Nov 2025, 2:01 AM
Tourism Selangor promosi pelancongan sukan sempena RMSIR 2025
Tourism Selangor promosi pelancongan sukan sempena RMSIR 2025

SHAH ALAM, 14 NOV: Tourism Selangor menganjurkan lawatan pengenalan khas (Specialized Fam Trip) sempena The 35th Raja Muda Selangor International Regatta (RMSIR) 2025, di sekitar Sepang hari ini.

Tourism Selangor menerusi kenyataan memaklumkan program itu bukan sekadar mempromosi tetapi medan untuk memperkukuh jaringan strategik antara pemain industri pelancongan menjelang acara tahunan sukan antarabangsa itu.

Menurutnya, trip RMSIR 2025 bukan sahaja memperkenal destinasi pelancongan menarik di Sepang, tetapi turut memperkukuh peranan negeri sebagai hab pelancongan sukan dan maritim utama di rantau ini.

“RMSIR bukan sekadar perlumbaan layar, tetapi juga satu platform penting bagi mengetengahkan keindahan alam, warisan dan hospitaliti Selangor kepada dunia.

“Dengan penganjuran RMSIR 2025, Tourism Selangor yakin acara ini akan terus melonjakkan nama Selangor sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang menawarkan pengalaman menyeluruh dari laut hingga darat, dari sukan hingga citarasa tempatan,” katanya.

Antara lokasi yang dikunjungi termasuk APACABA Coffee, Sepang, yang menampilkan keunikan aroma kopi premium tempatan serta suasana santai yang menepati konsep pelancongan gaya hidup moden.

Peserta turut menikmati pengalaman penuh aksi di RUD Karting, Sepang, aktiviti yang melambangkan semangat kompetitif dan tenaga dinamik yang sinonim dengan regatta berprestij tersebut.

Peserta turut menjamu selera dengan hidangan autentik Timur Tengah di Al Sultan Restaurant, Kota Warisan, sebelum menutup lawatan dengan menikmati durian.

RMSIR 2025 akan berlangsung pada 15 November manakala Majlis Makan Malam Pembukaan RMSIR 2025 pada 14 November (esok) di Royal Selangor Yacht Club (RSYC), Klang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619