Tujuh pemain digantung FIFA pertimbang saman FAM, dakwa hilang mata pencarian

10 Nov 2025, 3:15 AM
Tujuh pemain digantung FIFA pertimbang saman FAM, dakwa hilang mata pencarian

SHAH ALAM, 10 NOV: Kontroversi penggantungan tujuh pemain bola sepak negara oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memasuki episod baharu apabila mereka dilaporkan sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut sumber, kesemua pemain terbabit sedang meneliti langkah untuk menuntut ganti rugi daripada FAM selepas badan induk bola sepak negara itu mengakui berlaku kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen kepada FIFA.

“Difahamkan peguam di luar negara sedang berunding dengan tujuh pemain itu bercadang untuk mempertimbangkan menyaman FAM kerana kesilapan teknikal yang mereka sendiri sahkan.

“Beberapa pemain turut kehilangan mata pencarian selepas kontrak bersama kelab ditamatkan serta-merta susulan penggantungan itu,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Tambah sumber itu, langkah menuntut ganti rugi tersebut bukan hanya untuk mendapatkan keadilan, tetapi juga bagi membersihkan nama pemain berkenaan serta memulihkan peluang kerjaya mereka selepas tamat tempoh penggantungan.

Untuk rekod, pada 28 September lalu, Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan berlaku kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen oleh pihak pentadbiran FAM, yang akhirnya membawa kepada tindakan FIFA menggantung persatuan itu serta tujuh pemain terbabit.

Susulan insiden itu, FAM menubuhkan Jawatankuasa Bebas, manakala tugas Noor Azman digantung sementara waktu bagi memastikan siasatan dijalankan secara adil dan telus.

Terdahulu, Jawatankuasa Rayuan FIFA mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA, yang mengenakan penggantungan 12 bulan terhadap tujuh pemain terbabit selain denda CHF2,000 (kira-kira RM10,800) setiap seorang, manakala FAM dikenakan denda CHF350,000 (sekitar RM1.8 juta).

Antara pemain yang dikenakan tindakan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garcas, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Iraurgui dan Hector Hevel, yang disabit melanggar Artikel 22 Kod Disiplin FIFA berkaitan pemalsuan dokumen.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619