Calon PKR tandatangan aku janji berserta bon RM10 juta - Fuziah

10 Nov 2025, 12:14 AM
Calon PKR tandatangan aku janji berserta bon RM10 juta - Fuziah

KOTA KINABALU: Seramai 10 calon PKR yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah menandatangani surat aku janji mewakili parti itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Dr Fuziah Salleh.

Beliau berkata aku janji yang ditandatangani itu berserta bon perjanjian bernilai RM10 juta sekiranya membelot amanah parti.

PKR membariskan calon pelbagai latar belakang terdiri daripada bekas timbalan menteri, penjawat awam dan golongan profesional.

“Semoga komitmen 100 peratus calon kepada parti, pengundi dan kawasan diwakili dapat melaksanakan amanah diberikan sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri baharu,” katanya menerusi kenyataan di sini malam tadi.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Presiden PKR memperkenalkan 10 calon itu pada Sesi Rapat Umum dan Pengumuman Calon PKR bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 di sini malam tadi.

Anwar pada majlis itu turut memberitahu bahawa PH akan bertanding 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN ke-17 dan akan menggunakan logo PH.

Senarai calon PKR bagi PRU Sabah:

N 18 Inanam - Datuk Peto Galim

N 20 Api-Api - Thonny Chee

N 23 Petagas - Awang Husaini Awang Sahari

N 35 Sindumin - Datuk Yamani Hafez Musa

N 41 Tulid - Datin Rufinah Pengeran

N 42 Melalap - Datuk Jamawi Jaafar

N 50 Gum-Gum - Abdul Said Pimping

N 54 Karamunting - George Hiew Vun Zin

N 61 Segama - Romansa Lamin

N 72 Merotai - Datuk Ruji Ubi

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619