Penoreh getah ditemui meninggal dunia di belakang rumah

8 Nov 2025, 12:52 PM
Penoreh getah ditemui meninggal dunia di belakang rumah

SIK, 9 NOV: Seorang penoreh getah ditemukan maut di belakang rumahnya di sebuah kampung di sini pagi tadi.

Mangsa berusia 65 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran sebatang pokok rambutan kira-kira 10 meter dari rumahnya.

Kejadian disedari isterinya yang baru pulang ke rumah sebelum menemui suaminya di lokasi berkenaan jam 11.30 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Safuan Md Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, pemeriksaan awal bersama pasukan perubatan Hospital Sik mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh mangsa.

“Pemeriksaan awal tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau kecederaan mencurigakan. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sik untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, mangsa dikatakan mengalami kemurungan sejak sebulan lalu dan kurang berkomunikasi dengan ahli keluarga.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619