Roblox janji tingkat keselamatan, sedia patuhi peraturan kerajaan Malaysia

3 Nov 2025, 3:36 AM
Roblox janji tingkat keselamatan, sedia patuhi peraturan kerajaan Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 NOV: Pihak Roblox memberi jaminan akan mempertingkat tahap keselamatan melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan dan pemantauan manusia.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihak Roblox turut memaklumkan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia terutama dalam perkongsian data dan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Hannah menzahirkan kebimbangan mengenai keselamatan kanak-kanak kepada pihak Roblox, aplikasi permainan dalam talian yang popular.

"Kita mahu dunia digital yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang," katanya yang turut memuat naik gambar beliau bersama pihak Roblox.

Beliau berkata platform seperti Roblox kini mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia termasuk lebih sejuta di Malaysia.

"Dengan capaian sebesar ini, tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan dan juga seorang ibu, saya risau apabila melihat bagaimana sesetengah permainan dalam talian boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi kanak-kanak," katanya.

Sabtu lalu, kanak-kanak lelaki berumur enam tahun parah dikelar abangnya yang berusia sembilan tahun dengan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat.

Ketua Polis Johor Ab Rahaman Arsad berkata siasatan awal mendapati abang mangsa mungkin mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainnya terganggu dan semua ‘point’ dikumpulnya hilang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619