Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini

3 Nov 2025, 12:32 AM
Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini
Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini
Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini
Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini
Lebih 413,000 calon duduki SPM 2025 mulai hari ini

SHAH ALAM, 3 NOV: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula hari ini, melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 127,526 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran urusan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

KPM turut memaklumkan pihaknya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana atau penularan wabak penyakit, dengan calon yang terkesan diminta segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.

Peperiksaan dijalankan mengikut fasa seperti berikut:

  • Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3–6 November

  • Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10–13 November

  • Ujian Amali Sains: 17–19 November

  • Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris: 20 November

  • Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember

KPM turut menasihati calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi memastikan maklumat tepat berkaitan tarikh, waktu, kod dan nama kertas yang diduduki.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619