Banjir di Kedah, Perak makin pulih

30 Okt 2025, 1:34 PM
Banjir di Kedah, Perak makin pulih

KUALA LUMPUR, 30 OKT: Situasi banjir di Kedah dan Perak terus beransur pulih dengan jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) semakin menurun setakat 8 malam tadi.

Di KEDAH, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan 579 mangsa daripada 156 keluarga masih berada di empat PPS, berkurang daripada 698 mangsa daripada 198 keluarga pada pagi tadi.

“Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 503 mangsa daripada 136 keluarga di tiga PPS manakala di Kota Setar 76 mangsa daripada 20 keluarga masih berlindung di sebuah PPS,” menurut JPBN dalam kenyataan.

PPS di Pokok Sena yang dibuka pada 25 Okt pula ditutup pada 10 pagi tadi setelah semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman mereka.

Sementara itu, di PERAK, Sekretariat JPBN negeri melaporkan mangsa banjir di daerah Manjung ialah 129 mangsa daripada 30 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai, Pantai Remis.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Kinta di Kinta berada pada tahap amaran iaitu 248.16 meter (m) berbanding paras normal 243.50 m.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619