Empat rakyat Malaysia dalam senarai notis merah Interpol

29 Okt 2025, 6:00 AM
Empat rakyat Malaysia dalam senarai notis merah Interpol

SHAH ALAM, 29 OKT: Empat rakyat Malaysia tersenarai dalam notis merah (Red Notice) dikeluarkan Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) setakat ini.

Mereka diburu atas pelbagai pertuduhan termasuk pembunuhan, penipuan dan pengubahan wang haram.

Menurut portal rasmi Interpol, antara individu terbabit ialah bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sirul Azhar Umar, yang dikaitkan dengan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Turut disenaraikan ialah agen insurans wanita, Kueh Koh Ing, yang diburu kerana terlibat dalam tiga kes penipuan skim insurans tidak wujud membabitkan kerugian kira-kira RM10,000.

Dua lagi individu dalam senarai tersebut ialah Loo Soon Aik, 44, yang dikehendaki atas kesalahan membunuh, serta Tan Lok Seng, 57, dari Pulau Pinang, diburu kerana berkonspirasi berurusan dengan harta hasil kesalahan boleh dakwa dan menawarkan kelebihan kepada ejen.

Kesemua nama dan butiran lengkap dipaparkan di laman rasmi Interpol di bawah kategori Red Notice, yang berfungsi sebagai permohonan kepada agensi penguat kuasa antarabangsa untuk menjejaki serta menahan suspek bagi tujuan ekstradisi atau tindakan undang-undang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619