AGENDA

Polis terima laporan lelaki disyaki pukul, bakar anjing hidup-hidup

30 Mac 2023, 1:24 PM
Polis terima laporan lelaki disyaki pukul, bakar anjing hidup-hidup

JOHOR BAHRU, 30 MAC: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai seorang lelaki  yang dipercayai memukul serta membakar seekor anjing liar secara hidup-hidup, baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Fariz Ammar Abdullah berkata pihaknya dimaklumkan kejadian berkenaan yang didakwa berlaku berhampiran di sebuah klinik haiwan di Taman Impian Emas, Skudai.

Beliau mengesahkan menerima laporan polis pada 2.59 petang, Isnin lepas, daripada orang awam yang memaklumkan haiwan liar berkenaan dipukul dan dibakar hidup-hidup, selain memberitahu mengenai video itu tular.

“Tujuan laporan polis dibuat adalah untuk merujuk kes terbabit kepada Jabatan Veterinar Johor bagi menjalankan siasatan berhubung penyeksaan haiwan.

"Kes ini akan disiasat Jabatan Veterinar Johor mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM25,000 dan maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, tular satu video berdurasi 8 minit 54 saat menunjukkan seorang lelaki menghidupkan api dipercayai terhadap seekor anjing yang terhalang oleh dinding.

Video itu turut menunjukkan lelaki berkenaan dilihat meninggalkan kawasan tersebut dengan memandu kenderaannya.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619