Mangsa banjir Kedah, Perak berkurang kepada 913 orang setakat malam ini

28 Okt 2025, 3:19 PM
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurang kepada 913 orang setakat malam ini
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurang kepada 913 orang setakat malam ini
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurang kepada 913 orang setakat malam ini

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Keadaan banjir di Kedah dan Perak menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 913 orang setakat malam ini berbanding 985 orang, petang tadi.

Di Kedah, jumlah mangsa berkurangan sedikit apabila 774 orang daripada 216 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 781 orang daripada 217 keluarga direkodkan petang tadi.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah, daerah Pendang kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 577 orang daripada 161 keluarga masih berlindung di tiga PPS.

Sementara itu di Kota Setar, 138 orang daripada 38 keluarga ditempatkan di satu PPS, manakala 59 orang daripada 17 keluarga di Pokok Sena masih berlindung di satu PPS.

Di Perak, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 139 orang daripada 38 keluarga yang masih berlindung di dua PPS di daerah Manjung, berbanding 204 orang daripada 59 keluarga petang tadi.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai kekal menempatkan 130 orang daripada 36 keluarga.

Jumlah mangsa di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Batu berkurangan kepada sembilan orang daripada dua keluarga, berbanding 74 orang daripada 23 keluarga direkodkan petang tadi.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619