Selangor terajui pentadbiran pintar berasaskan AI tanpa ketepi nilai kemanusiaan

28 Okt 2025, 10:00 AM
Selangor terajui pentadbiran pintar berasaskan AI tanpa ketepi nilai kemanusiaan
Selangor terajui pentadbiran pintar berasaskan AI tanpa ketepi nilai kemanusiaan
Selangor terajui pentadbiran pintar berasaskan AI tanpa ketepi nilai kemanusiaan

PUTRAJAYA, 28 OKT: Selangor memperkasakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan pentadbiran dan memacu tadbir urus negeri dengan lebih berintegriti.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penguasaan teknologi itu diperkasakan dalam membentuk negeri pintar tanpa mengetepikan nilai kemanusiaan sekali gus memanfaatkan rakyat.

“Dalam menuju ke arah bandar pintar, Selangor memanfaatkan AI untuk menjamin kemampanan dan kekuatan negeri. Selangor bermula dengan AI tetapi bukan dengan mesin sebaliknya modal insan.

“Kita hantar delegasi bagi memahami fungsi AI untuk diadaptasi dalam cara kerja. Kita perlu kawal dan kuasai AI berbanding teknologi ini menunggang kehidupan manusia.

“Penting untuk kita faham dan tahu had penggunaan AI dalam pentadbiran. Memang ada kebergantungan dalam penggunaan AI tetapi tidak boleh terlalu bergantung kerana akan hilang kemanusiaan,” katanya hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Dialog – AI untuk Bandar: Perancangan, Ramalan dan Reka Bentuk Masa Depan Bandar yang Responsif ketika Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS), Kongres Perancangan Kebangsaan (NC) dan MyCITY Expo 2025 di Dewan Seri Siantan Perbadanan Putrajaya pada 28 Oktober 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Beliau berkata demikian pada Kongres Perancangan Kebangsaan 2025 sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Ditemui pemberita, Amirudin memaklumkan Selangor tidak bergerak secara silo dalam meningkatkan pentadbiran teratur menggunakan sistem pendigitalan, sebaliknya kerjasama semua jabatan.

Menurut beliau, antara cabaran besar adalah bagaimana menghubungkan dan bekerjasama dengan semua agensi dan jabatan, namun akhirnya menampakkan hasil setelah beberapa tahun.

“Kini pentadbiran negeri ditranformasi dengan pendigitalan seperti Smart Parking, Ekonomi Digital yang semuanya memanfaatkan rakyat sekali gus meningkatkan kemahiran.

“Untuk membina pentadbiran negeri bawah ekosistem digital tidak boleh bergerak secara silo dan pada masa sama memperkasa kemanusiaan seiring perkembangan teknologi,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619