Mangsa banjir Kedah, Perak berkurangan kepada 1,518 orang

27 Okt 2025, 10:56 AM
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurangan kepada 1,518 orang
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurangan kepada 1,518 orang
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurangan kepada 1,518 orang
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurangan kepada 1,518 orang
Mangsa banjir Kedah, Perak berkurangan kepada 1,518 orang

KUALA LUMPUR, 27 OKT: Situasi banjir di Kedah dan Perak menunjukkan perkembangan positif, apabila jumlah mangsa yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 1,518 orang petang ini, berbanding 2,410 orang pagi tadi.

Di Kedah, 915 mangsa banjir masih berlindung di lima PPS setakat 5 petang ini, berbanding 1,281 orang daripada 372 keluarga pagi tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan di Pendang, 411 orang daripada 106 keluarga berlindung di dua PPS, iaitu Dewan Kompleks Rakan Sukan Tanah Merah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Puteh manakala di Kota Setar, 228 orang daripada 66 keluarga ditempatkan di SK Taman Aman.

Sementara di Kulim, 151 orang daripada 59 keluarga ditempatkan di SK Merbau Pulas, PPS di Dewan Serbaguna Pokok Sena menempatkan 125 orang daripada 36 keluarga, manakala PPS di daerah Kubang Pasu yang dibuka Sabtu lalu ditutup sepenuhnya 1 tengah hari tadi.

Berdasarkan laman sesawang Public Infobanjir, dua sungai di Kedah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Pendang di Pendang iaitu pada paras 3.52 meter (m) dan Sungai Padang Terap di Kubang Pasu (3.89m) manakala Sungai Titi Kerbau di Pendang melepasi paras amaran (6.03m).

Di Perak, jumlah mangsa banjir di empat daerah petang ini turut berkurangan kepada 603 orang daripada 183 keluarga, berbanding 1,129 orang daripada 362 keluarga pagi tadi.

Sekretariat JPBN Perak dalam kenyataan memaklumkan di daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), 27 orang daripada tujuh keluarga masih ditempatkan di PPS SK Matang, manakala 305 orang daripada 89 keluarga ditempatkan di PPS SK Sungai Batu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dan SK Pantai Remis di Manjung.

Jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Layang-layang Kiri, Parit di daerah Perak Tengah pula kekal 110 orang daripada 31 keluarga, manakala di daerah Kerian, 161 orang daripada 56 keluarga masih berada di dua PPS iaitu Dewan Serbaguna Gunung Semanggol dan SK Parit Haji Aman.

Empat PPS telah ditutup iaitu Masjid Ali Rouse Ulu Sepetang serta Surau Al-Hidayah Pondok Quint Batu 13 di LMS dan SK Beruas serta SK Gangga di daerah Manjung.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619