Guru tadika rugi RM100,000 diperdaya individu menyamar suami

27 Okt 2025, 2:38 AM
Guru tadika rugi RM100,000 diperdaya individu menyamar suami

JOHOR BAHRU, 27 OKT: Seorang guru tadika kerugian RM100,000 selepas terperdaya dengan mesej di aplikasi WhatsApp daripada individu yang menyamar sebagai suaminya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata mangsa berusia 52 tahun itu diminta meminjamkan wang bagi membantu “suaminya”, seorang pengurus besar syarikat swasta di sini, dalam urusan perniagaan atas alasan akaun bank miliknya tidak dapat digunakan.

"Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa telah melakukan tujuh transaksi pindahan wang ke tiga akaun berbeza berjumlah RM100,000 pada Jumaat lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat dia telah menanyakan kepada suaminya yang berada di China atas urusan kerja selama seminggu mengenai bayaran wang tersebut, namun dimaklumkan nombor WhatsApp suaminya telah digodam.

Raub berkata mangsa kemudiannya menyedari telah ditipu dan membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti suspek serta mengesan dan menangkap pihak terlibat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619