Jet pejuang, helikopter tentera laut AS terhempas berasingan di Laut China Selatan

27 Okt 2025, 2:10 AM
Jet pejuang, helikopter tentera laut AS terhempas berasingan di Laut China Selatan

ISTANBUL, 27 OKT: Sebuah jet pejuang dan helikopter Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas secara berasingan di Laut China Selatan pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut Armada Pasifik AS dalam satu kenyataan di platform media sosialnya, sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang ditempatkan di Helicopter Maritime Strike Squadron 73 “Battle Cats” terhempas sekitar 2.45 petang waktu tempatan ketika menjalankan operasi rutin.

Semua tiga anak kapal berjaya diselamatkan, menurut kenyataan itu.

Susulan kejadian tersebut, sebuah lagi pesawat jenis F/A-18F Super Hornet yang ditempatkan di Strike Fighter Squadron 22 “Fighting Redcocks” turut terhempas ketika operasi rutin.

Dua anak kapal pesawat itu sempat keluar menggunakan kerusi lenting dan berjaya diselamatkan oleh pasukan mencari dan menyelamat daripada Carrier Strike Group 11.

“Semua anggota yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan stabil. Punca kedua-dua insiden kini sedang disiasat,” tambah kenyataan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619