AGENDA

Situasi keselamatan Laut China Selatan selamat, terkawal, terbuka komuniti maritim

21 Okt 2024, 5:53 AM
Situasi keselamatan Laut China Selatan selamat, terkawal, terbuka komuniti maritim
Situasi keselamatan Laut China Selatan selamat, terkawal, terbuka komuniti maritim

SHAH ALAM, 21 OKT: Situasi keselamatan di Laut China Selatan selamat dan terkawal, kata timbalan menteri pertahanan.

Adly Zahari berkata perairan di Laut China Selatan juga kekal bebas dan terbuka kepada komuniti maritim.

“Kehadiran aset maritim China di Laut China Selatan adalah lebih kepada Pasukan Pengawal Pantai China dan bukannya kapal perang (tentera laut) China.

“Perkara ini selaras pendekatan ‘gray zone strategy’ yang sering dilaksanakan China di Laut China Selatan.

“Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini, mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti berlaku dengan negara Filipina dan Vietnam,” katanya.

[caption id="attachment_587699" align="alignleft" width="347"] Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (kiri) pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) ke-57 di Wisma Perwira pada 18 Jun 2023. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias di Dewan Rakyat hari ini berhubung jaminan keselamatan perairan Malaysia di Laut China Selatan.

Dalam pada itu, Adly berkata Kementerian Pertahanan tetap komited dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi untuk mempertahankan kedaulatan negara.

“Selain itu memastikan kesiapsiagaan aset berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan di perairan maritim negara terutamanya di Laut China Selatan,” katanya.

“Keutamaan kita di Laut China Selatan melibatkan tiga perkara penting iaitu kesiapsiagaan melibatkan pemodenan aset, operasi yang sentiasa dipertingkat dari semasa ke semasa dan perkukuh diplomasi pertahanan.

“Kita (Malaysia) ada prinsip diplomasi pertahanan, selagi kita manfaatkan diplomasi ini (dapat) laksana aktiviti ekonomi seperti cari gali minyak, nelayan, aktiviti pelancongan dan perdagangan terutama di laut dapat dilaksana dengan aman, itulah keutamaan kita bagi Malaysia,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619