Anwar, Trump saksikan pemeteraian perjanjian damai Thailand–Kemboja

26 Okt 2025, 5:39 AM
Anwar, Trump saksikan pemeteraian perjanjian damai Thailand–Kemboja

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Thailand dan Kemboja hari ini menandatangani “Delivering Peace – Cambodia–Thailand Peace Deal” menandakan langkah rasmi ke arah menghentikan pertelingkahan dan memulihkan keamanan di sepanjang sempadan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Perjanjian damai itu ditandatangani oleh Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul dan rakan sejawatnya dari Kemboja, Hun Manet, di luar acara Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula pada hari ini.

Pemeteraian itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN, dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Turut hadir ke majlis penandatanganan itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Hadir sama, Setiausaha Negara AS Marco Rubio dan Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan.

Malaysia memegang tampuk kepengerusian ASEAN buat kali kelima tahun ini sejak penubuhan badan serantau itu pada 1967, selepas pernah menjadi tuan rumah pada 2015, 2005, 1997 dan 1977.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619