Pembantu Trump muat naik rakaman ketibaan, puji layanan mesra Malaysia

26 Okt 2025, 5:11 AM
Pembantu Trump muat naik rakaman ketibaan, puji layanan mesra Malaysia
Pembantu Trump muat naik rakaman ketibaan, puji layanan mesra Malaysia

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Pembantu Khas Presiden Amerika Syarikat Margo Martin memuat naik rakaman perjalanan Donald Trump ke media sosial dan memuji layanan Malaysia semasa ketibaan pemimpin itu.

Sambutan mesra Malaysia bermula dengan pengiring udara yang mengagumkan dan diteruskan di seluruh ibu negara ketika Trump tiba untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan pagi tadi.

“Terima kasih, Malaysia!” menurut perkongsiannya pada akaun X https://x.com/margomartin47, yang turut menyiarkan video pendek jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia mengiringi Air Force One ketika pesawat itu memasuki ruang udara Malaysia.

Air Force One mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 9.54 pagi dan Trump disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkongsian beliau seterusnya, Martin berkongsi klip menunjukkan konvoi presiden melalui lebuh raya Maju Ekpressway menuju ke pusat bandar dengan kapsyen, "Konvoi Presiden Trump di Malaysia menuju ke Sidang Kemuncak Asean.”

Konvoi presiden juga termasuk "The Beast", kereta rasmi negara yang diterbangkan khas untuk kegunaan presiden itu sepanjang lawatannya di Malaysia.

Terdahulu, selepas berjabat tangan, Anwar dan Trump memasuki “The Beast” sebelum rombongan itu bertolak dari Kompleks Bunga Raya ke Kuala Lumpur.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Trump ke Malaysia dan penyertaan pertamanya dalam Sidang Kemuncak Asean sejak kembali memegang jawatan.

Trump merupakan presiden AS ketiga melawat Malaysia, selepas Lyndon B. Johnson pada 1966 dan Barack Obama pada 2014 dan 2015.

Sidang Kemuncak Asean ke-47, yang diadakan di bawah tema Kepengerusian Asean Malaysia 2025 “Keterangkuman dan Kemampanan”, menghimpunkan pemimpin tertinggi dari negara-negara anggota Asean serta rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun dan India.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619