ACL2: Selangor FC tewas 0-2 kepada Persib Bandung

23 Okt 2025, 2:40 PM
ACL2: Selangor FC tewas 0-2 kepada Persib Bandung

SHAH ALAM, 23 OKT: Selangor tewas kali ketiga berturut-turut dalam kempen peringkat Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas tumbang berdepan Persib Bandung 0-2 sebentar tadi.

Kedua-dua pasukan bergelut dalam awal permainan sebelum gol pasukan tuan rumah hadir menerusi gerakan balas yang disempurnakan Adam Alis pada minit ke-29 untuk jaringan pembukaan sekali gus meletakkan Persib Bandung mendahului 1-0.

Aksi babak pertama di di Stadium Gelora Bandung Lautan Api itu kekal tanpa sebaran tambahan jaringan daripada kedua-dua pasukan untuk Persib mendahului 1-0, memetik laporan Stadium Astro.

Masuk babak kedua menyaksikan anak buah Christophe Gamel terus tertekan apabila kekasaran Harith Haikal menyebabkan Persib diberikan sepakan penalti dan mudah dinoktahkan Andrew Jung untuk skuad Pangeran Biru itu selesa mendahului 2-0.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Bojan Hodak mencipta kemenangan kedua untuk mengungguli Kumpulan G dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan.

Terdahulu, Selangor tewas dalam dua aksi pertama kepada Bangkok United (Thailand) termasuk Lion City Sailors (Singapura).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619