Kerajaan rangka dasar baharu perkukuh keterjaminan makanan negara - PM

22 Okt 2025, 2:17 PM
Kerajaan rangka dasar baharu perkukuh keterjaminan makanan negara - PM
Kerajaan rangka dasar baharu perkukuh keterjaminan makanan negara - PM
Kerajaan rangka dasar baharu perkukuh keterjaminan makanan negara - PM

KUALA LUMPUR, 22 OKT: Kerajaan sedang mempertimbangkan dan memuktamadkan satu dasar baharu berkaitan sektor pertanian, sebagai tindak balas proaktif terhadap cabaran keterjaminan makanan yang semakin kompleks menerusi pendekatan bersepadu yang dipacu misi dan berteraskan bukti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dasar tersebut memberi tumpuan kepada pengeluaran pertanian dan agromakanan yang cekap dan produktif, kemampanan sistem agromakanan, diplomasi makanan serantau, pemakanan sihat dan seimbang, serta pertumbuhan ekonomi terangkum.

“Dasar ini turut akan diperkukuh dengan perundangan khusus bagi menyelaras dan menyeragamkan pelaksanaan dasar serta tindakan antara pelbagai agensi dan kementerian yang terlibat.

“Langkah ini penting bagi memperkukuh tadbir urus selain memastikan keberkesanan pelaksanaan Dasar Keterjaminan Makanan Negara secara menyeluruh,” kata Anwar dalam hantaran di Facebook.

Seiring dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), beliau berkata sektor pertanian perlu diperkukuh melalui pendekatan baharu yang lebih mampan, berdaya tahan dan berorientasikan teknologi.

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Keterjaminan Makanan Negara yang menyentuh mengenai strategi untuk memangkin industri pertanian secara menyeluruh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619