Bekas pekerja badan berkanun ditahan disyaki terlibat sindiket seleweng dana zakat

19 Okt 2025, 3:00 PM
Bekas pekerja badan berkanun ditahan disyaki terlibat sindiket seleweng dana zakat

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang bekas pekerja sebuah badan berkanun kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan peruntukan wang zakat berjumlah kira-kira RM120,000 melibatkan 28 pemohon tidak layak.

Menurut sumber, wanita berusia lingkungan 30-an itu ditahan pada 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM2,500 serta melakukan perbuatan itu pada Mac lepas,” katanya.

Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan perintah reman empat hari terhadap wanita berkenaan hingga 22 Oktober ini selepas permohonan dibuat SPRM di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur Mohamad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619