Siapa Kata

18 Okt 2025, 8:12 AM
Siapa Kata

1.

Lupakan waktu

menggantung mentari

di langit menyonsong ke timur

memancing sedar

di pesisir bahang

biarkan kuap

cerminkan diri, membucu

kaki ranjang

dianaktiri selimut.

2.

Guntinglah gerimis meliar

di luar

biar putus-putus terus

simbah ke bumi, dan kita pekak

musim enggan memikul tengkujuh

petir akan menggergaji insomnia

bertarikh semalam

tiada yang sia-sia

tika guruh

menghantui tingkap-tingkap terbuka.

Tan Wei Jer

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619