Air merah di Klang: LUAS siasat premis kitar semula plastik cemar sungai

18 Okt 2025, 3:05 AM
Air merah di Klang: LUAS siasat premis kitar semula plastik cemar sungai
Air merah di Klang: LUAS siasat premis kitar semula plastik cemar sungai
Air merah di Klang: LUAS siasat premis kitar semula plastik cemar sungai
Air merah di Klang: LUAS siasat premis kitar semula plastik cemar sungai

SHAH ALAM, 18 OKT: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membuka kertas siasatan terhadap sebuah premis yang menjalankan aktiviti kitar semula plastik, susulan penemuan aliran air berwarna merah di Jalan Udang Gantung, Telok Gong, Klang.

Menurut kenyataan LUAS di Facebook, aliran air merah itu dikesan di longkang premis berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari semalam, yang dipercayai akan mengalir masuk ke Sungai Langat.

“Semakan lanjut LUAS mendapati aliran berwarna tersebut berpunca daripada sebuah mesin di dalam premis yang mengalir masuk ke dalam longkang berhampiran.

“LUAS mengarahkan premis terlibat untuk menghentikan aliran tersebut serta-merta. Pasukan LUAS turut melakukan pensampelan di lokasi dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisis lanjut,” katanya.

Tambah kenyataan itu, LUAS membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 79 dan Seksyen 59 Enakmen LUAS 1999 bagi tindakan lanjut penguatkuasaan terhadap kesalahan mencemarkan sumber air.

Selain itu, katanya, tindakan turut dibuat atas kesalahan tidak mempunyai Lesen Pembuangan Air Kembalian serta Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar.

“Situasi di lokasi aliran telah dihentikan sepenuhnya daripada memberikan impak yang lebih teruk kepada sumber air dan sungai berhampiran,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619