Ribut: Kerja pembersihan selesai, enam laluan utama terjejas boleh dilalui

16 Okt 2025, 5:31 AM
Ribut: Kerja pembersihan selesai, enam laluan utama terjejas boleh dilalui

SHAH ALAM, 16 OKT: Semua enam laluan utama yang terjejas akibat kejadian ribut di sekitar Kampung Bahagia, Jenjarom berjaya dibersihkan sepenuhnya malam tadi.

Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memaklumkan, Skuad Pantas yang diketuai Mazlan Abdul Manap melaksanakan Operasi Bencana Ribut sejurus menerima laporan insiden.

"Antara lokasi terlibat ialah Jalan Mempelam 2, Jalan Bacang 10, Jalan Bacang 15, Jalan Jambu Mawar, Jalan Permata dan Jalan Bacang.

"Kesemua laluan yang ditutup sementara bagi kerja pemotongan serta pengalihan pokok tumbang demi keselamatan penduduk," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, operasi pembersihan menggunakan aset khas seperti kenderaan pacuan empat roda, lori, mesin gergaji berantai dan spotlight mudah alih itu berjalan lancar sehingga semua laluan boleh dilalui.

"Kami merakamkan penghargaan kepada agensi penyelamat dan orang awam yang memberi kerjasama sepanjang operasi dijalankan. Kami terus komited memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk," katanya.

Sementara itu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memberi jaminan Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa terjejas.

Katanya, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka oleh Unit Bencana Daerah bagi menempatkan penduduk yang terjejas.

“Sejak petang tadi saya memantau situasi ribut yang melanda Kuala Langat terutama kawasan Sijangkang. Bantuan segera akan disalur kepada mangsa.

“Kerajaan Negeri akan terus memantau dan meneliti keadaan semasa terutama kesan akibat hujan lebat dan ribut yang berlaku dalam tempoh beberapa hari ini,” katanya menerusi Facebook semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619