Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Terbuka Artik

11 Okt 2025, 1:20 PM
Pearly-Thinaah mara ke pentas akhir Terbuka Artik

KUALA LUMPUR, 11 OKT: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M-Thinaah dipaksa bekerja keras dalam perlawanan tiga set sebelum berjaya menempah tiket ke pusingan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Artik 2025 di Vantaa, Finland hari ini.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Vantaan Energia Areena, pasangan pilihan kedua kejohanan itu dikejutkan dengan kekalahan 22-24 pada set pertama kepada pasangan Taiwan Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu.

Pearly-Thinaah bagaimanapun bangkit dengan persembahan lebih bertenaga untuk menguasai set kedua dengan kemenangan selesa 21-8.

Set penentuan menyaksikan saingan sengit antara kedua-dua pasangan, namun pengalaman dan ketahanan mental gandingan negara akhirnya menjadi pemisah apabila mereka memastikan kemenangan 21-17 untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Kejayaan itu melebarkan rekod 2-0 tanpa kalah Pearly-Thinaah ke atas pasangan Taiwan berkenaan.

Pearly-Thinaah yang muncul naib juara pada edisi lepas dijadualkan bertemu gandingan Jepun Rin Iwanaga-Kie Nakanishi di perlawanan akhir esok.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619