LUAS kenal pasti 11 lokasi pemuliharaan sungai di Selangor

11 Okt 2025, 9:01 AM
LUAS kenal pasti 11 lokasi pemuliharaan sungai di Selangor

KUALA LANGAT, 11 OKT: Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah mengenal pasti 11 lokasi di Selangor bagi tujuan penambahbaikan dan pemuliharaan sungai sebagai usaha memperkukuh penglibatan komuniti dalam menjaga kelestarian sumber air.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata setakat ini, sebanyak 48 komuniti telah berdaftar sebagai Friends of Rivers di bawah LUAS yang menunjukkan komitmen tinggi masyarakat terhadap penjagaan sungai.

“Kawasan yang dipulihara boleh dijadikan sebagai panduan kepada komuniti lain untuk melaksanakan inisiatif sama.

"Contoh kejayaan usaha komuniti ialah Taman Rekreasi Paya Bakau di Sijangkang ini yang dahulunya merupakan kawasan pembuangan sampah, namun, kini dibangunkan sebagai taman rekreasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Sungai Sedunia (HSS) di Taman Rekreasi Paya Bakau Sijangkang, di sini, hari ini.

Menurut Izham, kejayaan pemuliharaan tersebut adalah hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk penduduk, universiti dan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi kerajaan yang komited dalam usaha menjaga kelestarian sungai.

Selain itu, beliau berkata inisiatif komuniti turut diperkukuh dengan penggunaan perangkap sampah plastik di kawasan sungai bagi mengurangkan pencemaran dan memastikan aliran air sungai kekal bersih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619