Kerajaan Negeri rangka inisiatif tarik minat belia sertai sektor perikanan

8 Okt 2025, 3:05 AM
Kerajaan Negeri rangka inisiatif tarik minat belia sertai sektor perikanan
Kerajaan Negeri rangka inisiatif tarik minat belia sertai sektor perikanan

SHAH ALAM, 8 OKT: Kerajaan Negeri akan mempertimbang beberapa inisiatif bagi menarik minat generasi muda menyertai sektor perikanan laut dalam.

EXCO Pertanian Dato’ Ir Izham Hashim berkata inisiatif tersebut tertumpu kepada bantuan pembiayaan, latihan dan penyediaan peralatan berasaskan teknologi moden.

"Isu ini kita akan bawa dalam mesyuarakat akan datang, kita akan meneliti beberapa keperluan untuk menarik golongan muda menjadi nelayan.

EXCO Pertanian Dato' Ir Izham Hashim bercakap kepada media selepas majlis Perasmian Selangor Agro Fest di Tapak Karnival Seksyen 13, Shah Alam pada 27 September 2025. Foto FIKRI YUSOF / MEDIA SELANGOR

"Perkara ini juga perlu ada sokongan seperti pendapatan sampingan atau akuakultur yang mana saya rasa itu lebih baik dan menarik," katanya kepada Media Selangor.

Tahun lalu, seramai 200 nelayan negeri ini menikmati bantuan berjumlah RM400,000 menerusi program Pembangunan Agropreneur Selangor: Bantuan Nelayan.

Program itu adalah salah satu inisiatif di bawah Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang dilaksanakan bagi memperkukuh industri pertanian dan agro Selangor sehingga 2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619