Lumba basikal: LEKAS ditutup sementara mulai 5 petang Sabtu ini

7 Okt 2025, 8:38 AM
Lumba basikal: LEKAS ditutup sementara mulai 5 petang Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 7 OKT: Lebuhraya Kajang–Seremban (LEKAS) akan ditutup sepenuhnya dari 5 petang, 11 Okt hingga 4 pagi, 12 Okt bagi memberi laluan kepada acara berbasikal malam RHB LEKAS Highway Ride 2025 edisi ke-10.

Ketua Pegawai Eksekutif LEKAS Wan Salwani Wan Yusoff berkata acara berprestij itu menarik penyertaan 6,017 peserta dari 23 negara, sekali gus mencerminkan daya tarikan antarabangsa yang semakin meningkat.

Beliau berkata, LEKAS telah memperoleh semua kelulusan berkaitan daripada Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pelan pengurusan trafik, selain kelulusan Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk penganjuran acara tersebut.

“Sepanjang acara berlangsung, kira-kira sembilan persimpangan melibatkan 20 laluan masuk dan keluar akan ditutup bagi memastikan perjalanan lancar dan keselamatan terjamin. Penutupan meliputi jajaran dari Persimpangan Kajang Selatan hingga Persimpangan Paroi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Salwani turut merakamkan penghargaan kepada PDRM atas kerjasama menempatkan anggota dari Kajang, Semenyih, Nilai, Mantin dan Seremban bagi mengawal lalu lintas serta keselamatan pengguna jalan raya.

Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif termasuk Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) atau Jalan Persekutuan 1 sepanjang tempoh penutupan, selain merancang perjalanan lebih awal.

Maklumat terkini boleh diperoleh melalui saluran rasmi LEKAS di X (Twitter) @LEKAStrafik, Facebook LEKAS Highway, Instagram @lekashighway atau talian Infoline 1-800-88-8021.

Pihak LEKAS memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi pengguna sepanjang tempoh penutupan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619