AGENDA

Lekas tutup jalan dari simpang Kajang Selatan ke Paroi Sabtu ini

17 Okt 2023, 11:04 AM
Lekas tutup jalan dari simpang Kajang Selatan ke Paroi Sabtu ini

KUALA LUMPUR, 17 OKT: Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (Lekas) akan ditutup sementara dari 5 petang Sabtu ini hingga 4 pagi keesokannya untuk memberi laluan kepada acara berbasikal malam tahunan RHB Lekas Highway Ride 2023 (Edisi ke-8).

Ketua Pegawai Eksekutif Lekas Wan Salwani Wan Yusoff berkata penutupan jalan itu bermula dari Persimpangan Bertingkat Kajang Selatan hingga ke Persimpangan Paroi dengan sejumlah sembilan simpang serta 20 laluan keluar masuk ditutup bagi memastikan kelancaran kayuhan dan keselamatan lebih 6,000 peserta.

"Pengguna dari arah utara dan selatan seperti Kuala Lumpur, Cheras, Kajang, Seremban, Senawang serta Kuala Pilah adalah dinasihat menggunakan Jalan Persekutuan 1 atau Lebuhraya PLUS untuk meneruskan perjalanan mereka," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata acara itu telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia untuk menjadi penaja venue serta Bahagian Trafik Bukit Aman bagi pelan pengurusan lalu lintas berhubung jumlah penutupan jalan.

"Selain itu, Lekas mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia untuk menganjurkan acara ini. Penutupan jalan bagi acara ini dijangka membabitkan kira-kira 60,000 pengguna lebuh raya.

"Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PDRM atas kerjasama dan sokongan mereka dengan menyediakan anggota dari Kajang, Mantin, Nilai serta Seremban bagi membantu penutupan jalan ini," katanya.

Lekas turut memohon maaf kepada pengguna jalan raya atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619